'Frasa Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak itu lebih sesuai'

Armizan ketika memberi taklimat Wacana Madani MA63: Aspirasi 60 Tahun Sabah Dalam Malaysia di Menara Kinabalu, Kota Kinabalu, pada Isnin.
Armizan ketika memberi taklimat Wacana Madani MA63: Aspirasi 60 Tahun Sabah Dalam Malaysia di Menara Kinabalu, Kota Kinabalu, pada Isnin.
A
A
A

KOTA KINABALU - Walaupun perjalanan pembentukan Persekutuan Malaysia telah memasuki 60 tahun namun masih ada isu dianggap belum terungkai termasuk cara sebutan atau frasa yang digunakan berhubung Sabah dan Sarawak yang boleh menjadi polemik.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak Dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali berkata, atas semangat memaknai kebersamaan dalam pembentukan Malaysia mungkin perlu dibiasakan dengan sebutan frasa yang betul mengenai Sabah dan Sarawak.

"Kalau kita melihat dalam tempoh 60 tahun perjalanan Persekutuan Malaysia ini masih ada juga isu-isu yang dianggap belum terungkai, termasuklah kadang-kadang cara sebutan pemimpin, ucapan atau frasa yang digunakan juga boleh menjadi polemik.

"Contohnya, bila disebut Sabah dan Sarawak menyertai Malaysia, ada juga pihak-pihak tertentu yang tidak gemar sebutan begitu.

"Begitu juga juga disebut 'seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak', Sabah dan Sarawak itu juga memang sudah Malaysia, jadi tidak perlulah disebut Sabah dan Sarawak termasuk Malaysia.

"Kalau disebut Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak itu lebih sesuai," katanya dalam pengenalan ketika memberi taklimat Wacana Madani MA63: Aspirasi 60 Tahun Sabah Dalam Malaysia di Menara Kinabalu, pada Isnin.

Tambah Armizan lagi, walaupun perkara itu kecil namun ia cukup bernilai dan bermakna bagi masyarakat Sabah dan Sarawak.

"Jadi atas semangat untuk kita memaknai kebersamaan dan membentuk Persekutuan Malaysia itu, kenapa tidak kita cuba biasa-biasakan sebutan yang boleh menyentuh sanubari dan jiwa rakan-rakan dan saudara-saudara dalam Persekutuan Malaysia," katanya.

Artikel Berkaitan: