Kes Bella: Suasana pilu di Jabatan Forensik HSI

Ahli keluarganya Bella meninggalkan Jabatan Perubatan Forensik HSI, Johor Bahru pada Rabu selepas proses menuntut jenazah.
Ahli keluarganya Bella meninggalkan Jabatan Perubatan Forensik HSI, Johor Bahru pada Rabu selepas proses menuntut jenazah.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Suasana pilu menyelubungi pekarangan Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini apabila waris mangsa bunuh, Mila Sharmila Samsusah, 32, atau Bella tiba bagi menuntut jenazah pada jam 1.30 tengah hari Rabu, sejurus selesai ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

Ibu Bella, Noraini Salleh, 55, dan kakaknya, Norisham, 36, atau dikenali sebagai Ayu hadir ke jabatan berkenaan manakala anak Bella, Eusuf, 5, dah Maream, 2 tidak kelihatan.

Ibu Bella (dua dari depan) dan ahli keluarganya meninggalkan Jabatan Perubatan Forensik HSI, Johor Bahru pada Rabu selepas proses menuntut jenazah.
Ibu Bella (dua dari depan) dan ahli keluarganya meninggalkan Jabatan Perubatan Forensik HSI, Johor Bahru pada Rabu selepas proses menuntut jenazah.

Pendakwah bebas, Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew turut hadir bagi memberi sokongan moral kepada keluarga berkenaan.

Terdahulu, pengamal media berkumpul di pekarangan forensik seawal jam 6.30 pagi bagi menunggu kehadiran keluarga Bella.

Bagaimanapun keluarga Bella ke Jabatan Perubatan Forensik HSI selepas mengikuti kes di Mahkamah Batu Pahat membabitkan pendakwaan seorang teman lelaki mangsa berusia 24 tahun.

Mengikut kronokogi kes Bella, pada 14 Disember dia dilaporkan keluar dari rumahnya di Taman Soga, Batu Pahat pada jam 11.50 malam untuk ke kedai dobi bersama teman lelakinya.

Kakak mangsa dakwa ‘last chat’ (terakhir mesej) 14.12.2023 jam 11.38 malam Bella ada tanyakan sesuatu.

Artikel Berkaitan:

Pada 15 Disember, kakak Bella membuat panggilan melalui WhatsApp tetapi gagal selain mesej dihantar menerusi aplikasi WhatsApp hanya menunjukkan satu tanda saja.

Bapa kepada Bella selepas selesai urusan proses menuntut jenazah di Jabatan Perubatan Forensik HSI, Johor Bahru pada Khamis
Bapa kepada Bella selepas selesai urusan proses menuntut jenazah di Jabatan Perubatan Forensik HSI, Johor Bahru pada Khamis

Pada 16 Disember 2023, laporan polis pertama berkaitan kehilangan wanita itu dibuat ahli keluarganya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat.

Pada 27 Disember 2023, lima individu dipanggil beri keterangan dan pada keesokan harinya polis menahan seorang lelaki 24 tahun bantu siasatan.

Pada 30 Disember 2023, teman lelaki Bella dibebaskan dengan jaminan polis.

Pada 31 Disember 2023, polis menyatakan akan panggil semula teman lelaki jika perlu.

Pada 19 Januari 2024, penemuan rangka manusia termasuk tengkorak dalam sebuah rumah terbengkalai di Kampung Batu 7, Tongkang Pecah di sini dijangka dapat merungkai kehilangan Bella.

Van membawa jenazah Bella bertolak dari Jabatan Perubatan Forensik HSI, Johor Bahru pada Rabu untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Banang, Batu Pahat.
Van membawa jenazah Bella bertolak dari Jabatan Perubatan Forensik HSI, Johor Bahru pada Rabu untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Banang, Batu Pahat.

Pada 20 Januari 2024, penemuan cebisan kain pada rangka manusia yang tidak sempurna di rumah terbengkalai di Lorong Imam Jailani Kampung Batu 7, Tongkang Pecah memberi petunjuk kemungkinan besar ia adalah Bella.

Pada 21 Januari, polis menyatakan akan mempercepatkan keputusan DNA penemuan rangka.

Semalam, debaran keluarga Mila Sharmila Samsusah, 32, menanti keputusan DNA akhirnya terjawab apabila polis mengesahkan rangka ditemukan dalam rumah sewa terbiar di Kampung Batu 7, Tongkang Pechah, di sini adalah Bella.