Kakak Bella gagal kawal emosi sebaik lihat wajah tertuduh

Norhisham (depan) tidak dapat mengawal emosi sebaik suspek utama dibawa keluar dari Mahkamah Majistret pada Rabu.
Norhisham (depan) tidak dapat mengawal emosi sebaik suspek utama dibawa keluar dari Mahkamah Majistret pada Rabu.
A
A
A

BATU PAHAT - Kakak kepada Mila Sharmila Samsusah atau Bella, Norhisham, 36, tidak dapat mengawal emosi sebaik suspek utama dibawa keluar dari Mahkamah Majistret di sini pada Rabu.

Teman lelaki kepada ibu tunggal dua anak, Bella, 32, dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan membunuh wanita berkenaan penghujung Disember lalu.

Mohammad Haikal Mahfuz, 24, memakai baju Melayu hijau, diiringi dengan kawalan ketat anggota polis sebelum dibawa menaiki kenderaan polis.

Keadaan itu juga menyebabkan pasukan polis yang mengiringi tertuduh meleraikan keadaan dengan menghalang sebahagian waris yang cuba mendekati kenderaan polis dinaiki tertuduh.

Sementara itu, bapa saudara Bella, Nor Azhar Jamil, 55, berkata, dia mewakili keluarga anak saudaranya itu mahukan keadilan sewajarnya.

Katanya, ia bagi membolehkan Bella mendapat keadilan dalam penganiayaan yang berlaku terhadap dirinya.

Nor Azhar (hadapan, tengah) bersama sebahagian ahli keluarga di hadapan Mahkamah Majistret, Batu Pahat pada Rabu.
Nor Azhar (hadapan, tengah) bersama sebahagian ahli keluarga di hadapan Mahkamah Majistret, Batu Pahat pada Rabu.

"Kami juga akan mengikuti sepenuhnya kes ini hingga tamat demi keadilan untuk Bella," katanya.

Artikel Berkaitan:

Difahamkan, Nor Azhar dan keluarga akan ke Hospital Sultan Ismail (HSI) di Johor Bahru bagi menuntut jenazah Bella sebelum dibawa pulang ke Batu Pahat untuk dikebumikan.

Jenazah Bella dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Banang selepas disembahyangkan di Masjid Datuk Bentara di Batu Pahat.

Untuk rekod, Bella dilaporkan hilang pada 14 Disember tahun lalu setelah ahli keluarganya gagal menghubunginya ketika keluar ke dobi sambil ditemani teman lelakinya itu dengan menaiki sebuah kereta berwarna putih sebelum membuat dua laporan polis pada 16 dan 18 Disember tahun lalu.

Bagaimanapun, kakaknya, Norisham memaklumkan adiknya itu hilang selepas beberapa hari tidak dapat dihubungi, namun pelik apabila dompet yang mengandungi pengenalan diri, pakaian yang hendak dibasuh serta kunci rumah ada di kediaman Bella.

Lima suspek termasuk teman lelaki Bella telah ditahan selama tujuh hari mulai 25 Disember 2023 sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.

Selepas 38 hari kehilangan Bella, polis Johor akhirnya berjaya mengesan rangka manusia tidak sempurna di sebuah rumah terbiar di Kampung Batu 7, Tongkang Pechah, Jumaat lalu.

Tiga suspek termasuk teman lelaki Bella ditahan reman sekali lagi bermula 21 Januari lalu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah pada Selasa akhirnya mengesahkan keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) ke atas rangka yang ditemui adalah milik Bella susulan sampel patalogi rangka tersebut sepadan dengan DNA yang diambil daripada kakak serta ibunya.

@sinarharianonline

Kakak Bella gagal kawal emosi sebaik lihat wajah tertuduh #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Bella #Kakak #Keluarga #Jenayah #Bunuh #Mahkamah

See You Again (Piano Version) [Original Performed by Wiz Khalifa Feat. Charlie Puth] - Lang Project