Pelajar dihempap dinding runtuh di asrama stabil

Seorang pelajar cedera selepas dihempap runtuhan konkrit di sebuah sekolah.
Seorang pelajar cedera selepas dihempap runtuhan konkrit di sebuah sekolah.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Pelajar perempuan tingkatan tiga sebuah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) di daerah Setiu yang cedera selepas dihempap dinding konkrit semalam dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT), Jelani Sulong berkata, pelajar itu kini sedang dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) selepas kedua-dua belah pahanya cedera akibat dihempap dinding konkrit yang tiba-tiba runtuh ketika mencuci pakaian di asrama berkenaan.

"Ketika ini proses penyelenggaraan sedang dijalankan di sekolah berkenaan. Jadi kita akan melakukan pemantauan bagi memastikan projek dijalankan mematuhi aspek keselamatan," katanya dalam kenyataan di sini pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Jelani berkata, sebelum ini sekolah tersebut berada di bawah seliaan kerajaan negeri.

Bagaimanapun, Jelani menyatakan sekolah berkenaan telah menjadi Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada 2023.

"KPM juga telah menyalurkan bantuan penyelenggaraan sebanyak RM200,000 kepada setiap SABK melalui Lembaga Pengelola Sekolah bagi memberi keselesaan kepada pelajar.

"Kita berharap setiap projek penyelenggaraan di sekolah perlu mengutamakan aspek keselamatan supaya kes seperti ini tidak lagi berulang," jelasnya.

Artikel Berkaitan: