Lelaki cedera kereta dihempap pokok di puncak Gunung Jerai

Anggota bomba sedang melakukan Kerja-kerja memotong pokok bagi membuka laluan yang terjejas akibat kejadian.
Anggota bomba sedang melakukan Kerja-kerja memotong pokok bagi membuka laluan yang terjejas akibat kejadian.
A
A
A

YAN - Seorang lelaki mengalami cedera ringan setelah kenderaan dinaiki dihempap pokok dalam kejadian di puncak Gunung Jerai kira-kira jam 6.55 petang Isnin.

Pegawai operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Guar Chempedak, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Sharifuddin Yaakob berkata, Pusat Kawalan Operasi (PKO) Kedah menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS 999 memaklumkan terdapat kejadian pokok tumbang di lokasi kejadian.

Katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Guar Chempedak dikerahkan ke lokasi bagi melaksanakan operasi menyelamat.

"Maklumat awal yang diterima di lokasi terdapat sebatang pokok telah tumbang dan menghempap sebuah kereta yang terdapat seorang mangsa.