[VIDEO] RUU Penggal Tetap bukan keutamaan Kerajaan Perpaduan - PM

A
A
A
SERDANG - [DIKEMAS KINI] Cadangan mewujudkan Rang Undang-Undang (RUU) Penggal Tetap bagi mengekalkan kerajaan mentadbir negara sehingga tamat penggal bukan menjadi keutamaan Kerajaan Perpaduan ketika ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara tersebut juga tidak dibincangkan secara formal.

"Terlalu awal untuk (kerajaan) membuat keputusan mengenai cadangan itu. Malah, belum ada yang dirujuk kepada Peguam Negara.

"Selain itu, tiada konsesus pemimpin parti politik dalam kerajaan Madani," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program AI Untuk Rakyat di Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini pada Selasa.

Beliau berkata demikian bagi mengulas cadangan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk mewujudkan satu RUU bagi mengekalkan sesebuah kerajaan mentadbir negara sehingga akhir penggal dibentangkan di Parlimen.

Anwar berucap merasmikan Artificial Intelligence (AI) Untuk Rakyat di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Universiti Putra Malaysia (UPM). Foto Bernama
Anwar berucap merasmikan Artificial Intelligence (AI) Untuk Rakyat di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Universiti Putra Malaysia (UPM). Foto Bernama

Menurut Ahmad Zahid, RUU itu penting bagi mengelakkan peristiwa terdahulu seperti pertukaran perdana menteri sebanyak tiga kali pada penggal Parlimen ke-14 berulang pada masa hadapan.

Dalam pada itu, Anwar menjelaskan, sebarang usaha untuk menggubal atau mewujudkan RUU baharu perlu melalui prosesnya yang tersendiri termasuk perbincangan dengan semua pihak terlibat serta dirujuk kepada Peguam Negara terlebih dahulu.

"Kita akan mengkaji dan tetapi bagi saya ia bukan satu keutamaan ketika ini. Masalah yang timbul sebenarnya berpunca dari pembangkang. Mereka tiada asas dan sangat lemah ketika ini.

Artikel Berkaitan:

“Malah tiada sokongan satu pertiga dan keutamaan saya ingin membawa transformasi kepada Malaysia menjadi negara hebat," katanya.