Waris Jing Jing dicari

No Image Caption
A
A
A

SUBANG JAYA - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sedang mengesan ibu kandung kepada seorang kanak-kanak berusia 2 tahun bagi urusan penempatan dan dokumen pengenalan diri.

JKM Subang Jaya menerusi satu kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima rujukan kes kanak-kanak berkenaan, Jing Jing daripada Orphancare Foundation pada 14 November 2017.

Menurut penjaga yayasan itu, seorang perempuan tidak dikenali menyerahkan Jing Jing yang baru dilahirkan kepada mereka tanpa sebarang dokumen kelahiran.

“Ibu kandung memaklumkan kanak-kanak dilahirkan pada 9 November 2017 dan diserahkan sehari kemudian.

“Laporan polis berhubung pengambilan kanak-kanak di dalam penjagaan penjaga telah dibuat di Balai Polis Petaling Jaya pada 13 November 2017. Kanak-kanak ini kemudian dibawa ke Hospital Serdang untuk mendapatkan rawatan lanjut

“Kanak-kanak ini telah dibawa ke Mahkamah Bagi Kanak-Kanak Petaling Jaya pada 16 November 2017 memandangkan dia memerlukan pemeliharaan dan perlindungan selaras Seksyen 17(1)(e)(ii) Akta Kanak-Kanak 2001,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu memaklumkan, sebelum ini kanak-kanak diperintahkan Mahkamah Bagi Kanak-Kanak Petaling Jaya pada 25 Januari 2018 untuk ditempatkan di bawah jagaan Orang Yang Layak dan Sesuai selama tempoh dua tahun selaras Seksyen 30(1)(c)(ii) Akta Kanak-Kanak 2001.

Katanya, tempoh jagaan selama dua tahun telah hampir tamat dan kanak-kanak terbabit perlu dibawa ke mahkamah semula bagi mendapatkan perintah untuk dijadikan anak angkat.

Artikel Berkaitan:

“Sehubungan dengan itu, ibu kandung atau waris kanak-kanak diminta tampil untuk urusan penempatan kanak-kanak ini.

“Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada pelindung kes, Mohd Hafifi Mohd Ariff di talian 03-56343095,” menurut kenyataan itu.