Sila log masuk terlebih dahulu.

Ibu kandung, bapa tiri mengaku tidak bersalah tuduhan kecuaian jaga kanak-kanak

A
A
A

BERITA MOJO 8 JUN 2023

Sepasang suami isteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada Khamis atas pertuduhan berhubung kecuaian terhadap penjagaan seorang kanak-kanak lelaki berusia 4 tahun, 28 April lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Shahrizal Ahmad Zaini.

Tertuduh lelaki merupakan bapa tiri mangsa serta ibu kandung kanak-kanak berkenaan yang kini hamil tiga bulan, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim, VM Mabel Sheela selepas pertuduhan baharu dibacakan terhadap mereka.

Pada Rabu lalu, kedua-duanya yang berusia 23 tahun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan sama.

Pada 3 Mei lalu, pasangan berkenaan mengaku bersalah terhadap pertuduhan mencapai niat bersama menganiayai kanak-kanak yang berada di bawah jagaan mereka dengan cara yang mungkin menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal.

Bagaimanapun, kedua-dua tertuduh menukar pengakuan kepada tidak bersalah selepas pertuduhan pindaan dibacakan.

Artikel berkaitan: http://bitly.ws/HFbS

#SinarHarian #MojoLive #Mojo #BeritaMojo