Wartawan Harakah nafi ceroboh kediaman rasmi MB Selangor

Nadzir (tiga dari kiri) bersama tiga kakitangan HarakahDaily di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam pada Isnin. Gambar Malaysiakini
Nadzir (tiga dari kiri) bersama tiga kakitangan HarakahDaily di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam pada Isnin. Gambar Malaysiakini
A
A
A

SHAH ALAM – Tiga kakitangan Harakahdaily menafikan tuduhan menceroboh kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari pada Jumaat lalu.

Mereka turut mendakwa laporan polis yang dibuat ke atas mereka tidak menggambarkan kejadian sebenar.

Memetik laporan Malaysiakini, salah seorang daripada tiga individu tersebut, Suffi Kamari berkata, mereka diundang wakil badan bukan kerajaan (NGO) Ummah, Mohd Zai Mustafa untuk menghadiri pertemuan antara penduduk Kampung Sungai Sireh di Klang bersama Menteri Besar Selangor berkaitan isu pengambilan tanah untuk projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Tiga kakitangan Harakahdaily menafikan tuduhan menceroboh kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari pada Jumaat lalu dan mendakwa laporan polis yang dibuat ke atas mereka tidak menggambarkan kejadian sebenar. Gambar Malaysiakini
Tiga kakitangan Harakahdaily menafikan tuduhan menceroboh kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari pada Jumaat lalu dan mendakwa laporan polis yang dibuat ke atas mereka tidak menggambarkan kejadian sebenar. Gambar Malaysiakini

"Saya menafikan kandungan dalam laporan polis terbabit (dan) fakta dalam laporan itu adalah palsu serta tidak menggambarkan kejadian sebenar," katanya ketika sidang akhbar di luar Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam pada Isnin.

Sebelum ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) diberi kebenaran untuk menahan reman tiga lelaki selama dua hari bagi membantu siasatan kes menceroboh.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tiga bulan atau denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya sekali.

Beliau berkata, suspek berusia antara 31 hingga 35 tahun dan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Suffi berkata, tujuan kehadirannya ke premis berkenaan sudah dimaklumkan kepada pegawai bertugas dan telah diberi kebenaran untuk masuk.

Ujarnya, dalam pertemuan tersebut dia juga sempat bersalaman dengan Amirudin tanpa sebarang provokasi.

“Apabila pertemuan tersebut berakhir, saya dipanggil seorang pegawai keselamatan yang kemudian menuduh saya dan dua individu lain telah menceroboh.

“Saya juga sudah membuat laporan polis bagi membersihkan nama mereka serta memohon pihak berkuasa menjalankan siasatan terhadap laporan berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Harakah, Nadzir Helmi mendakwa Suffi dan dua lagi kakitangan media rasmi Pas itu hadir atas kapasiti Ummah.

“Apa yang berlaku pada hari tersebut ialah Suffi Kamari dan dua orang lagi staf Harakah telah hadir ke mesyuarat tersebut atas jemputan penduduk Kampung Sungai Sireh itu sendiri serta kapasiti sebagai Ummah dalam memperjuangkan hak penduduk Kampung Sungai Sireh.

“Mereka sebenarnya tidak menceroboh tanpa izin, sebaliknya telah dibenarkan masuk ke kediaman rasmi MB,” kata Nadzir.