Ceroboh kediaman MB Selangor: Polis terima laporan penafian

Nadzir (tengah) ditemui pemberita di hadapan IPD Shah Alam pada Isnin.
Nadzir (tengah) ditemui pemberita di hadapan IPD Shah Alam pada Isnin.
A
A
A

SHAH ALAM - Polis mengesahkan menerima laporan penafian berhubung kejadian tiga pengamal media tempatan yang didakwa menceroboh masuk ke dalam kediaman rasmi Menteri Besar (MB) Selangor, di sini, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya telah melengkapkan kertas siasatan kes terbabit.

"Laporan ada diterima hari ini dan lebih kepada penafian.

"Kita (polis) telah lengkapkan kertas siasatan dan akan dihantar kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) negeri, petang ini (Isnin)," katanya pada Isnin.

Mohd Iqbal
Mohd Iqbal

Sebelum itu, Ketua Pegawai Operasi Harakah, Nadzir Helmi menegaskan, laporan polis oleh tiga kakitangannya sebagai tindakan undang-undang untuk mempertahankan kebenaran dan cerita sebenar.

Jelasnya, wajah mereka telah ditularkan di platform media sosial secara tidak bertanggungjawab dengan cerita dan gambaran tidak tepat.

"Harakah sebagai akhbar sendiri telah cuba dipalitkan dengan kisah tidak tepat disyaki atas niat untuk merosakan imej syarikat ini," katanya ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam pada Isnin.

Artikel Berkaitan:

Sinar Harian sebelum ini melaporkan tiga pengamal media dicekup selepas menceroboh kediaman rasmi MB Selangor di Seksyen 7 di sini, Jumaat lalu.

Ketiga-tiga individu berusia 31 hingga 35 tahun itu kemudian direman dua hari untuk disiasat di bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan.