Ceroboh kediaman MB Selangor: Kertas siasatan dirujuk kepada pendakwaan esok

Tiga suspek yang ditahan di kediaman rasmi MB Selangor, kelmarin.
Tiga suspek yang ditahan di kediaman rasmi MB Selangor, kelmarin.
A
A
A

SHAH ALAM - Kertas siasatan berhubung kejadian tiga pengamal media tempatan menceroboh masuk ke dalam kediaman rasmi Menteri Besar (MB) Selangor, diserah kepada kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) negeri, esok.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya berjaya menyelesaikan siasatan kes tersebut hari ini, walaupun diberi tempoh reman yang singkat.

"Mereka diberikan jaminan polis dan siasatan telah selesai dalam tempoh reman diberi itu. Esok, kita akan rujuk kertas siasatan kepada TPR Selangor,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Semalam, Bernama melaporkan ketiga-tiga suspek berusia 31 hingga 35 tahun itu direman dua hari oleh Mahkamah Majistret di sini, untuk disiasat di bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan.

Sebelum ini, tular di media sosial video berdurasi 29 saat memaparkan tiga individu yang dipercayai menceroboh kediaman rasmi MB Selangor di Seksyen 7 di sini. - Bernama.

Artikel Berkaitan: