Tiga lelaki ditahan, ceroboh kediaman rasmi MB Selangor

Tga lelaki diberkas ketika didapati menceroboh masuk kediaman rasmi Menteri Besar Selangor dekat sini pada Jumaat.
Tga lelaki diberkas ketika didapati menceroboh masuk kediaman rasmi Menteri Besar Selangor dekat sini pada Jumaat.
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Tiga individu ditahan kerana menceroboh masuk kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Seksyen 7, di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian itu pada jam 6.10 petang yang dibuat oleh Pembantu Operasi di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor.

"Siasatan mendapati kesemua suspek menggunakan sebuah kenderaan jenis Proton Waja untuk memasuki kediaman itu melalui pondok pos pengawal utama tanpa mengemukakan sebarang jemputan secara rasmi daripada pihak kerajaan negeri.

"Kesemua suspek merupakan warga tempatan berumur lingkungan 31 tahun hingga 35 tahun," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Katanya, semakan mendapati kesemua suspek bekerja di salah sebuah media tempatan.

"Mereka memberi alasan untuk menghadiri satu mesyuarat yang diadakan di kediaman itu tetapi tidak mempunyai jemputan secara rasmi daripada pihak Menteri Besar Selangor.

"Tangkapan kemudiannya dijalankan ke atas suspek terlibat kira-kira jam 7.30 petang selain kenderaan digunakan turut dirampas untuk siasatan lanjut," katanya.

Menurutnya, semakan mendapati kesemua suspek tidak memiliki sebarang rekod jenayah lampau.

Artikel Berkaitan:

"Kesemua suspek kini direman dua hari untuk siasatan lanjut berhubung kejadian.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan," katanya.