Kerap ke masjid pikat pengundi Melayu - Perwakilan Selangor

Mirzan ketika membahaskan Pidato Ketua Pemuda sempena Konvensyen Pemuda Amanah Nasional 2023 di salah sebuah pusat acara di Bangsar pada Sabtu. - Foto SINAR HARIAN/ASRIL ASWANDI SHUKOR
Mirzan ketika membahaskan Pidato Ketua Pemuda sempena Konvensyen Pemuda Amanah Nasional 2023 di salah sebuah pusat acara di Bangsar pada Sabtu. - Foto SINAR HARIAN/ASRIL ASWANDI SHUKOR
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ahli dan kepimpinan Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) diseru untuk sentiasa turun ke masjid bagi memikat pengundi Melayu.

Perwakilan Selangor, Mirzan Majid berkata, sikap menyantuni orang Melayu menerusi pendekatan berkenaan boleh membuatkan orang Melayu 'jatuh hati' dengan Amanah.

"Kita harus masuk masjid, jangan tak masuk masjid, undi Melayu mana yang kita akan ambil (dapat) kalau kita tidak pergi ke masjid," katanya ketika membahaskan Pidato Ketua Pemuda sempena Konvensyen Pemuda Amanah Nasional 2023 di salah sebuah pusat acara di Bangsar di sini pada Sabtu.

Terdahulu, Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu merasmikan konvensyen berkenaan diikuti Pidato oleh Mohd Hasbie.

Dalam pada itu, Mirzan meminta Pemuda Amanah untuk memiliki mentaliti kerajaan setelah setahun bersama dalam Kerajaan Perpaduan.

"Sekiranya kita mahu kritik boleh, tetapi harus disediakan cadangan dan ideal yang baik.

"Sekiranya sebelah sana (pembangkang) main soal pergaduhan kita main soal perpaduan, itu naratif yang kita kena mainkan," katanya.

Artikel Berkaitan: