Kerajaan Perpaduan tidak akan bertukar selepas PRU16 - Mat Sabu

Mohamad ketika menyampaikan ucapan perasmian sewaktu Konvensyen Pemuda Nasional 2023 di salah sebuah pusat acara di Bangsar, pada Sabtu. - Foto Sinar Harian/ ASRIL ASWANDI SHUKOR.
Mohamad ketika menyampaikan ucapan perasmian sewaktu Konvensyen Pemuda Nasional 2023 di salah sebuah pusat acara di Bangsar, pada Sabtu. - Foto Sinar Harian/ ASRIL ASWANDI SHUKOR.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu yakin Kerajaan Perpaduan akan kekal memerintah negara ini selepas Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Menurutnya, keyakinan itu bersandarkan 'vote bank' yang dimiliki khususnya di negeri-negeri yang ditadbir kerajaan ketika ini.

"Saya yakin kita boleh menang semula untuk terus memerintah selepas PRU16 sebab kita ada vote bank di Sarawak, Sabah, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan dan Pulau Pinang

No Image Caption

"Di negeri- negeri ini bila kita lihat perkembangan politik dan suasananya Insya-ALLAH cukup majoriti untuk bentuk kerajaan," katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen Pemuda Amanah Nasional 2023 di salah sebuah pusat acara di Bangsar di sini, pada Sabtu.

Malah katanya, bukti Kerajaan Perpaduan diterima baik juga dapat dilihat dengan sokongan semakin baik diberikan penjawat awam yang menjadi undi penting dalam setiap pilihan raya.

“Undi penjawat awam kepada kita (sebelum ini) begitu parah susulan wujud dakwaan kerajaan akan bertukar selepas pilihan raya (PRN) di enam negeri (tetapi) selepas tidak ada pertukaran kerajaan (mereka mula tunjuk sokongan kepada kita)," katanya.

Bagaimanapun, Mohamad mengakui sokongan kuat yang diterima di negeri-negeri yang ditadbir kerajaan belum mencukupi.

Artikel Berkaitan:

Katanya, kerajaan juga perlu memfokuskan kepada usaha untuk menarik kembali sokongan rakyat di negeri diperintah pembangkang yang majoritinya pengundi Melayu dan Islam.

"Kita kena lihat kaedah bagaimana hendak tarik sokongan rakyat di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.

"Kita tidak boleh terus jadi kerajaan tanpa sokongan orang Melayu dan Islam," katanya.