‘Jangan jadikan proses demokrasi penyebab retak hubungan’

Abdul Razak - FOTO SINAR HARIAN/ ASRIL ASWANDI SHUKOR
Abdul Razak - FOTO SINAR HARIAN/ ASRIL ASWANDI SHUKOR
A
A
A

SHAH ALAM - Ahli dan kepimpinan Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) diingatkan agar tidak menjadikan proses demokrasi atau pemilihan sebagai penyebab berlakunya keretakan hubungan.

Sebaliknya perwakilan Johor, Abdul Razak Ismail berkata, proses biasa dalam parti itu perlu diambil dalam konteks ilmu untuk memperkukuhkan lagi parti supaya kekal relevan.

“Seperti mana yang dibangkitkan oleh Ketua Pemuda Amanah, Mohd Hasbie Muda dalam ucapan pidatonya, pemimpin dan ahli perlu sama-sama menjadi rumah (parti) kita.

“Inilah rumah kita, kecil atau besar. Itu hakikatnya. Kita urus demokrasi dengan sebaiknya dan ingatlah persahabatan lebih penting daripada jawatan.

“Perlu diingat bahawa perjalanan politik kita masih panjang dan parti akan terus bertahan bersilih tahun kerana kitalah (Pemuda Amanah) akan menjadi pelapis kepimpinan akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Pidato Ketua Pemuda sempena Konvensyen Pemuda Amanah Nasional 2023 di salah sebuah pusat acara di Bangsar di sini pada Sabtu.

Terdahulu, Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu merasmikan konvensyen berkenaan diikuti pidato oleh Mohd Hasbie.

Sementara itu, Abdul Razak turut berharap agar barisan kepimpinan baharu pemuda yang bakal dipilih nanti akan terus kekal setia kepada parti.

Artikel Berkaitan:

“Saya mendoakan kepada seluruh kepimpinan baharu supaya terus setia kepada parti dan mendukung cita-cita parti,” katanya.