Rakyat Malaysia diculik, dibunuh di Filipina

Ramli - Foto Bernama
Ramli - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki warga Malaysia yang dilaporkan diculik di Manila, Filipina, ditemui mati dipercayai dibunuh sekumpulan lelaki pada 23 Oktober lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, mangsa dilaporkan diculik sehari sebelum mayatnya ditemui di San Simon, Pampanga.

"Sebelum kejadian, penculik meminta wang tebusan sebanyak RM330,000 daripada abangnya yang dibayar melalui aplikasi cryptowallet USDT," katanya pada sidang akhbar di sini pada Isnin.

Ramli berkata, Pejabat Polis Atase Malawakil Manila telah mohon bantuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk analisis terhadap aliran transaksi ke dalam cryptowallet milik seorang suspek yang terlibat dalam kes tersebut.

"Analisis yang dijalankan kemudiannya telah berjaya mengesan aliran transaksi cryptocurrency tersebut yang dipindahkan ke salah satu 'exchange' yang tidak didaftarkan di Malaysia," katanya.

Beliau berkata, hasil maklumat yang tersebut telah mendedahkan identiti enam suspek warga asing yang dipercayai dapat membantu dalam siasatan kes penculikan dan pembunuhan berkenaan.

"Kesemua maklumat tersebut telah diserahkan kepada Pejabat Atase Polis Malawakil Manila untuk siasatan selanjutnya," katanya.

Artikel Berkaitan: