Komando ditahan, cuba rogol gadis bawah umur

Seorang lelaki ditahan kerana dipercayai cuba melakukan hubungan intim dengan remaja bawah umur.
Seorang lelaki ditahan kerana dipercayai cuba melakukan hubungan intim dengan remaja bawah umur.
A
A
A

KUALA LANGAT - Seorang gadis nyaris menjadi mangsa rogol kenalan yang dikenalinya menerusi aplikasi permainan dalam talian dekat sebuah rumah di Telok Panglima Garang, Jumaat lalu.

Tindakan suspek yang dipercayai seorang komando itu disedari bapa mangsa apabila menemukan lelaki itu sedang bersembunyi di sebalik pintu bilik rumahnya.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang individu kira-kira jam 1.38 petang.

"Siasatan mendapati dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, individu berkenaan mendapati suspek berada dalam rumahnya sebelum bertindak menangkap lelaki itu.

"Suspek mengaku memasuki rumah berkenaan dengan tujuan untuk melakukan hubungan intim dengan anak gadisnya yang berumur 15 tahun," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Katanya, tangkapan seterusnya dijalankan ke atas suspek kira-kira jam 9 malam.

"Suspek merupakan penjawat awam berumur 29 tahun yang bertugas di Ulu Kinta, Perak.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!