Penghulu Tinggi maut kereta bertembung lori

Penghulu Tinggi maut selepas kereta BMW 525(A) yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori. Foto: Ihsan Polis
Penghulu Tinggi maut selepas kereta BMW 525(A) yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori. Foto: Ihsan Polis
A
A
A

SETIU - Penghulu Tinggi Pejabat Daerah Kuala Nerus maut selepas kereta BMW 525(A) yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori di Jalan Kampung Bukit Putera, Telaga Papan – Chalok, dekat sini pada Isnin.

Pemangku Ketua Polis Daerah Setiu, Asisten Superintenden Burhanuddin Mustafa berkata, dalam kejadian jam 5.40 petang, mangsa, Juhari Mohamad, 59, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Keadaan kereta yang remuk selepas terlibat kemalangan. Foto: Polis
Keadaan kereta yang remuk selepas terlibat kemalangan. Foto: Polis

"Mangsa dikatakan dalam perjalanan dari Pejabat Daerah Kuala Nerus hendak pulang ke rumahnya di Perumahan Putera Jaya, Bandar Permaisuri manakala lori jenis Rigid Luton yang dipandu lelaki itu pula dalam perjalanan dari Bandar Permaisuri menghala ke Kuala Terengganu.

"Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa cuba memotong sebuah kenderaan yang berada di hadapannya, namun gagal lalu bertembung dengan lori yang berada di laluan bertentangan," katanya dalam kenyataan di sini pada Selasa.

Mengulas lanjut, Burhanuddin berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Setiu untuk tindakan selanjutnya.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!