Azmin disiasat berkaitan kebocoran maklumat PKNS - KP Selangor

Mohamed Azmin
Mohamed Azmin
A
A
A

SHAH ALAM - Polis mengesahkan telah merakam keterangan Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkaitan kebocoran maklumat tidak tepat berkaitan kewangan dan keputusan pelaburan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan ini dimulakan selepas laporan diterima 14 Mac lalu oleh seorang pegawai PKNS yang mendakwa dokumen sulit perbadanan itu telah dibocorkan.

Beliau berkata, laporan itu turut menyatakan beberapa maklumat tidak tepat telah didedahkan kepada umum dan dikhuatiri boleh menjejaskan imej PKNS.

Hussein
Hussein

"Susulan itu Mohamed Azmin telah dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam untuk dirakam percakapan di bawah Seksyen 112 Kanun Acara Jenayah.

"Rakaman percakapan ini dilakukan untuk membantu siasatan yang dijalankan di bawah Seksyen 203A Kanun Keseksaan," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Katanya, seramai 15 saksi lain turut dipanggil bagi direkod keterangan berkaitan siasatan yang dijalankan.

"Polis mengesahkan kehadiran Mohamed Azmin adalah untuk membantu siasatan berkaitan kebocoran dokumen berkenaan.

Artikel Berkaitan:

"Siasatan dijalankan juga bukan mengenai perkara yang dibangkitkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada 28 Februari lalu.

"Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi yang berkaitan siasatan dijalankan," katanya.

Sebelum ini media melaporkan, Mohamed Azmin meminta penjelasan kerajaan negeri berhubung tindakan PKNS menjual hak pembangunan PJ Sentral yang dijangka memberi pulangan bernilai RM1.04 bilion kepada Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) pada nilai RM270 juta.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!