'Dia yang langgar, salahkan peniaga pula'

Klip video memaparkan penunggang wanita berkenaan yang melanggar sebuah kotak ikan.
Klip video memaparkan penunggang wanita berkenaan yang melanggar sebuah kotak ikan.
A
A
A

SEMARANG - Satu klip video yang memaparkan gelagat seorang penunggang motosikal wanita memarahi peniaga setelah motosikal ditunggangnya hilang kawalan sehingga melanggar sebuah kotak ikan berhampiran sebuah warung, tular di media sosial.

Menurut laporan media tempatan, wanita itu dipercayai memandu secara laju sehingga motosikalnya hilang kawalan malah nyaris melanggar pemilik warung yang berada di kawasan berkenaan.

Bagaimanapun, apa yang membuatkan video itu mendapat reaksi ramai adalah sikap penunggang wanita itu yang sewajarnya memohon maaf disebabkan kesalahannya itu, sebaliknya memarahi peniaga warung tersebut.

“Dia yang salah, kenapa hendak marah orang lain pula,” kata seorang komentar.

“Macam-macam kelakuan orang zaman sekarang, dia yang melakukan kesilapan dia pula yang mengamuk seperti menjadi mangsa, seolah-olah mahu menutup kesilapannya,” tulis seorang lagi komentar.

Hantaran video di aplikasi TikTok itu kini telah ditonton hampir lima juta orang serta mendapat ribuan komentar dan reaksi. - Agensi

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

@sinarharianonline

'Dia yang langgar, salahkan peniaga pula' Video memaparkan gelagat seorang penunggang motosikal wanita memarahi peniaga setelah motosikal ditunggangnya hilang kawalan sehingga melanggar sebuah kotak ikan berhampiran sebuah warung, tular di media sosial. Menurut laporan media tempatan, wanita itu dipercayai memandu secara laju sehingga motosikalnya hilang kawalan malah nyaris melanggar pemilik warung yang berada di kawasan berkenaan. Bagaimanapun, apa yang membuatkan video itu mendapat reaksi ramai adalah sikap penunggang wanita itu yang sewajarnya memohon maaf disebabkan kesalahannya itu, sebaliknya memarahi peniaga warung tersebut. Sumber: Agensi Muzik: Way Beyond The Walls - EdRecords dari Bensound.com Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara. #SinarHarian #SinarTerkini #Semasa #Dunia #Global #Tular #Viral #Indonesia #Motosikal #Peniaga #Warung

Artikel Berkaitan:

original sound - Sinar Harian

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!