Susur Semantan hala Kuala Lumpur ditutup mulai Sabtu ini

Pelan pengurusan trafik membabitkan jalan susur Semantan menghala ke Kuala Lumpur yang akan ditutup mulai Sabtu ini.
Pelan pengurusan trafik membabitkan jalan susur Semantan menghala ke Kuala Lumpur yang akan ditutup mulai Sabtu ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jalan susur dari arah Semantan menghala ke Kuala Lumpur akan ditutup sepenuhnya bermula Sabtu ini hingga 31 Disember 2023.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memaklumkan, penutupan jalan itu bagi membolehkan kerja pembinaan fasa kedua jalan raya bertingkat dijalankan.

Menurutnya, pengguna dari Bukit Damansara/Jalan Beringin yang melalui Persimpangan Setiabudi perlu mengambil Jalan Johar untuk menghala ke Kuala Lumpur.

"Untuk makluman, Jalan Johar akan diubah kepada laluan dua lorong," katanya menerusi kenyataan di Facebook pada Rabu.

DBKL berkata, pengguna jalan raya dinasihatkan mematuhi isyarat papan tanda dan arahan polis trafik sebagai panduan juga langkah keselamatan bagi mengelakkan kekeliruan.

"Untuk sebarang pertanyaan mengenai jalan terbabit, orang ramai boleh menghubungi nombor WCT Berhad di talian 017-880 7090 (Braba) atau Jabatan Kejuruteraan Awam dam Saliran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di talian 03-2617 9000 (waktu pejabat).

" Aduan juga boleh dibuat melalui Sistem Penyuraian Trafik KL Barat Sdn Bhd (SPRINT) di talian 03-7434 7333," ujar kenyataan itu.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!