Dua sekolah swasta di Pulau Pinang turut terima ancaman bom

Anjing K9 digunakan bagi melakukan pemeriksaan di salah sebuah sekolah yang menerima ancaman bom pada Selasa.
Anjing K9 digunakan bagi melakukan pemeriksaan di salah sebuah sekolah yang menerima ancaman bom pada Selasa.
A
A
A

GEORGE TOWN - Dua buah sekolah swasta di negeri ini menerima ancaman bom yang dihantar melalui e-mel pada Selasa.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintenden V Saravanan berkata, kedua-dua sekolah terbabit menerima kandungan e-mel yang sama dengan tajuk bahan letupan telah ditanam di sekolah.

"Kandungan e-mel itu menceritakan penghantar e-mel mengalami masalah hidup di mana dia dibenci oleh orang sekeliling, ayah merogolnya sejak kecil dan dihina di sekolah.

"Pasukan Unit Pemusnah Bom dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang dan Unit K-9 hadir ke kedua-dua tempat kejadian.

"Hasil pemeriksaan dapati tiada apa-apa yang mencurigakan," katanya menerusi kenyataan di sini pada Selasa.

Saravanan berkata, pasukan bomba juga berada di kedua-dua lokasi kejadian bagi menghadapi sebarang kemungkinan berlaku.

Katanya, permohonan semakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan dibuat untuk kenal pasti butiran pemilik e-mel.

"Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel Berkaitan: