Sekolah khas pula terima ancaman bom di Sitiawan

No Image Caption
A
A
A

LUMUT - Polis Perak menerima satu lagi laporan berkaitan ancaman bom di sebuah sekolah khas di Sitiawan dekat Manjung.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah berkata, laporan diterima daripada guru besar sekolah berkenaan sekitar jam 2 petang.

"Guru berusia 48 tahun itu memaklumkan menerima e-mel mengenai ancaman bom daripada individu yang tidak dikenali sekitar jam 11.57 pagi Selasa lalu.

"E-mel tersebut lebih berunsurkan kepada ugutan jenayah dengan menyatakan 'bahan letupan telah ditanam di sekolah' yang telah mendatangkan kebimbangan secara menakutkan pihak sekolah," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Menurut beliau, siasatan sedang dijalankan bagi mengesan individu terlibat.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Suhailah Sahabat di talian 016-5845480 bagi membantu siasatan.

Artikel Berkaitan: