Jangan sampai jiran sendiri pun tidak kenal

Kita kena berubah sebelum semangat kejiranan hilang secara perlahan-lahan. - Gambar hiasan
Kita kena berubah sebelum semangat kejiranan hilang secara perlahan-lahan. - Gambar hiasan
A
A
A

KEHIDUPAN di bandar besar jauh berbeza dengan kampung halaman kita kerana hidup ini terlalu ‘keras’ yang mana ramai antara kita keluar awal pagi dan pulang lewat malam selepas seharian di pejabat.

Malahan ada yang menjadikan rumah sebagai istana hinggap sahaja, untuk melepaskan lelah dan keesokannya keluar bekerja semula seperti biasa.

Itulah rutin sebenarnya yang akan berlarutan hinggalah umur persaraan.

Jika ada yang berpeluang melalui aktiviti kejiranan, ia satu kelebihan yang amat besar buat pekerja lain.

Adakala kita tidak berpeluang pergi kenduri, termasuk menziarahi rakan taulan yang tidak sihat.

Itulah realiti sebenar dan nilai hidup di ibu kota sebenar, sentiasa sibuk hinggakan tidak dapat bersama dengan orang sekeliling kita.

Kesempatan cuti sambutan Deepavali ini, Merak Jalanan berpeluang menghadiri beberapa majlis keraian bagi penganut Hindu seharian kelmarin.

Kami bersetuju dengan satu persoalan yang mana kita semakin tidak mengenali jiran termasuklah jiran sebelah rumah.

Artikel Berkaitan:

Masalah ini lebih ketara apabila kita menginap di kondominium atau rumah pangsa yang berkelas.

Masuk rumah, tutup pintu dan buka semula untuk keluar esoknya.

“Mungkin bukan semua alami masalah ini, tetapi sebahagian besar daripada kita rasa perkara sama, setuju tak?” tanya salah seorang kawan Merak Jalanan.

Kami tersenyum sambil mengakui akan kebenarannya.

Kita semakin jauh dengan kejiranan jika kita tidak menyertai aktiviti yang dianjurkan komuniti setempat, malahan kita boleh ‘berlaga bahu’ dengan jiran sebelah rumah sendiri dek gara-gara kita tidak kenal siapa jiran sebenar.

Kita kena berubah sebelum semangat kejiranan hilang secara perlahan-lahan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!