Israel sebar propaganda, raih simpati rakyat dibunuh

Seorang lelaki Yahudi Ortodox berjalan melepasi dinding menunjukkan tebusan diculik pejuang Hamas di Kota Lama, Baitulmaqdis. - Foto AFP
Seorang lelaki Yahudi Ortodox berjalan melepasi dinding menunjukkan tebusan diculik pejuang Hamas di Kota Lama, Baitulmaqdis. - Foto AFP
A
A
A

PARIS - Israel cuba meraih simpati apabila menayangkan filem kepada media dengan menggambarkan pembunuhan beramai-ramai oleh pejuang Hamas semasa serangan pada 7 Oktober ke atas ratusan warganya.

Filem yang berdurasi 44 minit yang diperoleh secara mentah dari mangsa telah dipertontonkan di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York, Amerika Syarikat (AS) ; Geneva, Switzerland; Berlin, Jerman; Brussels, Belgium; Mandrid, Sepanyol; Santiago, Chile dan tayangan lanjut di Paris.

"Kami menayangkan filem ini di 30 negara.

"Kami fikir ia penting untuk pengetahuan orang ramai apa yang berlaku pada 7 Oktober," kata jurucakap kedutaan Israel di Perancis, Hen Feder.

Serangan mengejut kumpulan pejuang Hamas terhadap Israel telah menyebabkan lebih 1,400 orang maut dan kira-kira 240 orang dijadikan tebusan.

Sebagai tindak balas, Israel berikrar menumpaskan pejuang Hamas dengan melancarkan kempen pengeboman kejam terhadap orang awam di Genting Gaza sehingga mengorbankan lebih 10,300 orang kebanyakan wanita dan kanak-kanak.

Difahamkan, filem 'ngeri' yang ditayangkan Israel itu tidak akan dipertontonkan kepada umum.

Di Paris, ia dilihat oleh 50 wartawan jemputan manakala di tempat lain ia dilihat sebilangan orang awam, wartawan dan diplomat,

Artikel Berkaitan:

Israel berkata, mereka telah berjaya mengumpulkan ratusan jam rakaman serangan kumpulan Islam itu.

Usaha Israel untuk mengedarkan filem itu muncul di tengah-tengah kritikan yang semakin meningkat daripada kumpulan hak asasi manusia terhadap pengeboman zionis terhadap hospital dan kem perlindungan yang dinafikan sekeras-kerasnya rejim itu. - AFP