Kerajaan biaya sebahagian kos sara hidup pelajar Palestin di Malaysia

Ahmad Zahid bersama Walid (dua kiri) ketika bacaan doa selepas menyempurnakan pelepasan penghantaran bantuan kemanusiaan Ops Ihsan di KLIA pada Jumaat.
Ahmad Zahid bersama Walid (dua kiri) ketika bacaan doa selepas menyempurnakan pelepasan penghantaran bantuan kemanusiaan Ops Ihsan di KLIA pada Jumaat.
A
A
A

SEPANG - Kerajaan bersetuju menggunakan sebahagian kutipan sumbangan yang dibuat menerusi Kementerian Luar Negeri (KLN) untuk membiayai kos sara hidup pelajar Palestin yang berada di Malaysia.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat.

"Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dalam mesyuarat tadi (Jumaat) telah menyatakan persetujuan untuk menggunakan sebahagian daripada RM100 juta kutipan sumbangan untuk digunakan kepada pelajar Palestin yang berada di negara ini (melibatkan) kos pengajian dan beberapa kos lain.

"Ini kerana pembiayaan terutama daripada ibu bapa mereka tidak dapat sampai disebabkan keluarga telah tiada akibat pengeboman, punca kewangan terputus atau disebabkan sistem penghantaran tersekat.

Ahmad Zahid ketika sidang akhbar selepas menyempurnakan pelepasan penghantaran bantuan kemanusiaan Ops Ihsan di KLIA pada Jumaat.
Ahmad Zahid ketika sidang akhbar selepas menyempurnakan pelepasan penghantaran bantuan kemanusiaan Ops Ihsan di KLIA pada Jumaat.

"Senarai nama pelajar yang terlibat akan dikemukakan oleh Duta Palestin (Walid Abu Ali) kepada KLN untuk tindakan seterusnya," katanya pada sidang akhbar selepas menyempurnakan program pelepasan penghantaran bantuan kemanusiaan Ops Ihsan ke Palestin di Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) pada Jumaat.

Sementara itu, menurut Ahmad Zahid, penghantaran pertama bantuan seberat 20 tan itu melibatkan barang keperluan yang disenaraikan bagi pihak keraajan dan badan bukan kerajaan (NGO) serta dihantar melalui penerbangan sewaan khas.

Barang bantuan berkenaan akan diterbangkan ke Al-Arish, Mesir sebelum diserahkan kepada Bulan Sabit Merah Mesir sebagai rakan kerjasama bagi membawa masuk ke Gaza melalui sempadan Rafah.

Artikel Berkaitan:

"Inilah semangat yang harus diperlihatkan oleh rakyat Malaysia keseluruhannya.

"Kami ucapan terima kasih kepada duta-duta daripada negara sahabat terutamanya negara Islam yang turut berada di KLIA dan memperlihatkan solidariti tidak berbelah bahagi kepada rakyat Palestin di Gaza," ujarnya.

Ops Ihsan yang dijayakan oleh 45 NGO berjaya mengumpul sebanyak 50 tan barangan bantuan kemanusiaan dengan nilai keseluruhan hampir RM7 juta.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!