Sebahagian kutipan AAKRP digunakan untuk pelajar Palestin di Malaysia

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyaksikan Majlis Pelepasan Penghantaran Bantuan Kemanusiaan Ops Ihsan ke Gaza Palestin di Terminal Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Jumaat. - Foto Bernama
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyaksikan Majlis Pelepasan Penghantaran Bantuan Kemanusiaan Ops Ihsan ke Gaza Palestin di Terminal Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Jumaat. - Foto Bernama
A
A
A

SEPANG - Sebahagian kutipan tabung Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) akan digunakan untuk pelajar Palestin yang berada di negara ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, perkara itu dipersetujui dalam Mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Putrajaya pada hari ini.

"Perdana Menteri dalam Mesyuarat Jemaah Menteri tadi nyatakan persetujuan untuk gunakan sebahagian daripada kutipan dibuat Kerajaan Malaysia dan Kementerian Luar (AAKRP) kepada pelajar-pelajar Palestin di Malaysia.

"Ini bagi membiayai sebahagian kos sara hidup mereka dan kos pengajian dan beberapa kos lain yang terlibat,” katanya kepada pemberita pada majlis pelepasan penghantaran bantuan kemanusiaan Ops Ihsan di Terminal Kargo, Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada Jumaat.

Tabung AAKRP diwujudkan susulan konflik keganasan dan pertempuran di Semenanjung Gaza ketika ini dengan kerajaan telah menyumbang RM10 juta dana awal tabung itu.

Pada 19 Oktober lepas, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata kutipan tabung AAKRP yang dikendalikan Kementerian Luar kini berjumlah RM81 juta, menghampiri sasaran RM100 juta.

Artikel Berkaitan: