Grab Malaysia sokong keamanan, gencatan senjata di Gaza

Kenyataan Grab Malaysia pada Jumaat.
Kenyataan Grab Malaysia pada Jumaat.
A
A
A

SHAH ALAM - Grab Malaysia menyatakan bahawa pihaknya kekal teguh dengan pendirian pro kemanusiaan dan menyokong usaha ke arah keamanan serta pelaksanaan gencatan senjata di Gaza, Palestin.

Menurut syarikat penyedia perkhidmatan e-hailing itu, sebagai ahli Kompak Global Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGC), ia tidak menyokong sebarang bentuk keganasan yang berlaku di wilayah bergolak tersebut.

“Sebagai ahli, kami mendukung prinsip asas UNGC yang menghormati perlindungan hak asasi manusia,” katanya dalam kenyataan di Facebook pada Jumaat.

Grab Malaysia berkata demikian susulan tular satu tangkap layar hantaran Instagram dibuat oleh isteri kepada pengasas bersama syarikat terbabit iaitu Chloe Tong yang memuat naik mesej simpati terhadap warga Israel sehingga mendapat perhatian warganet.

Sehubungan itu, pihaknya memaklumkan, individu berkenaan telah menjelaskan bahawa ia adalah pandangan yang disuarakan menerusi platform peribadi dan diambil di luar konteks sebenar.

Tambahnya, merujuk kepada penjelasan wanita tersebut, paparan di Instagram Story itu dibuat sebelum beliau memahami kejadian yang berlaku antara Israel-Palestin.

“Tangkap layar Instagram Story saya yang disiarkan beberapa minggu lalu muncul semula secara tiba-tiba, ia dipetik diluar konteks dan dikongsi untuk mengapi-apikan kebencian.

“Saya harap agar gencatan senjata dilaksanakan dan keadaan kembali aman. Saya sedih dan rasa tidak berdaya mengenangkan mereka yang tidak berdosa kehilangan nyawa,” ujar syarikat berkenaan.

Artikel Berkaitan: