Bekas CEO anak syarikat kerajaan negeri ditahan kes tuntutan palsu

SPRM Melaka menahan seorang bekas CEO anak syarikat kerajaan negeri di Alai, di sini, pada Khamis.
SPRM Melaka menahan seorang bekas CEO anak syarikat kerajaan negeri di Alai, di sini, pada Khamis.
A
A
A

MELAKA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka menahan bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) anak syarikat kerajaan negeri kerana disyaki mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu dianggarkan bernilai puluhan ribu ringgit.

Pengarah SPRM Melaka, Mohd Shahril Che Saad berkata, lelaki berusia 46 ditahan kira-kira jam 2.15 petang ketika diminta hadir memberikan keterangan di pejabat SPRM Melaka di Alai pada Khamis.

Menurutnya, suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut pada tahun 2020 hingga 2021 ketika memegang jawatan sebagai pengerusi koperasi di syarikat berkenaan.

Katanya, suspek dipercayai mengemukakan dokumen yang mengandungi butir matan palsu iaitu Surat Penilaian Harga Kenderaan daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) Melaka bertarikh 19 April 2021 melalui Resolusi Pekeliling bertarikh 26 Mei 2021 bagi dua buah kenderaan.

"Dua kenderaan itu iaitu Toyota Fortuna 2.5G dan Toyota Hilux 2.5G untuk tujuan pelupusan yang mana harga nilaian adalah lebih rendah daripada nilai sebenar yang dikeluarkan oleh JKR Melaka.

"Dipercayai tindakan itu bagi mengelirukan ahli lembaga syarikat berkaitan yang akhirnya memberi faedah kepada individu itu dengan membeli kenderaan tersebut pada harga yang lebih rendah," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Khamis.

Jelasnya, individu itu akan dituduh di Mahkamah Melaka pada Jumaat di bawah Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan Seksyen 471 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan: