SPRM tahan dua penjawat awam kemuka tuntutan palsu

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

KOTA BHARU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan pada Rabu menahan dua penjawat awam kerana disyaki mengemukakan tiga tuntutan yang mengandungi butiran palsu berkaitan pembekalan peralatan sebuah sekolah berjumlah kira-kira RM18,000.

Menurut sumber, suspek pertama seorang lelaki ditahan kira-kira jam 9 pagi tadi ketika diminta hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Kelantan, manakala suspek kedua seorang wanita pula ditahan di rumahnya kira-kira jam 1 tengah hari.

"Kedua-dua suspek berumur dalam lingkungan 50-an itu dipercayai membuat tuntutan palsu pada 2019 sedangkan tiada pembekalan dibuat.

"Suspek lelaki yang juga pemilik sebuah syarikat dipercayai bersubahat bersama suspek wanita mengemukakan tiga tuntutan palsu kepada pihak sekolah terbabit," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kelantan, Rosli Husain ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu dan kes disiasat di bawah Seksyen 28(1)(C) dan Seksyen 18 Akta SPRM 2009. - Bernama

Artikel Berkaitan: