X

Kindly register in order to view this article
!

Bas ekspres terbalik dirempuh lori simen

Keadaan bas ekspres yang terbalik dalam kemalangan itu.
A
A

SUNGAI BULOH - Sebuah bas ekspres terbalik selepas dirempuh sebuah lori tangki simen di KM453 susur masuk ke hentian Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Buloh jam 11.30 malam tadi.

Rempuhan menyebabkan lori tangki simen berkenaan terbabas dan merempuh dua buah treler lain yang diparkir di tepi susur masuk hentian rehat tersebut.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Deputi Superitendan Sahimi Husin berkata, siasatan awal mendapati pemandu lori tangki simen berkenaan dipercayai melanggar bas ekspres dari lorong kanan sebelum tiba di hentian rehat tersebut.

"Pelanggaran itu menyebabkan bas ekspres berkenaan terbalik dan lori simen pula terbabas ke kiri jalan lalu merempuh dua lagi treler yang sedang diparkir," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sahimi berkata, seorang penumpang bas retak tulang pinggul dan mangsa kini sedang menerima rawatan lanjut di sebuah hospital di Singapura.

"Tiga lagi penumpang bas bersama seorang kelindan treler lain mengalami kecederaan ringan dan dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk mendapatkan rawatan lanjut.

"Siasatan lanjut masih dijalankan buat masa ini dan kes dibuka di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!