Pemandu lori sabun maut nahas dengan lori simen

Anggota bomba mengeluarkan kelindan lori muatan sabun yang tersepit dalam nahas jalan raya di Kilometer 29 Lebuhraya Utara Selatan arah utara pada Isnin.
Anggota bomba mengeluarkan kelindan lori muatan sabun yang tersepit dalam nahas jalan raya di Kilometer 29 Lebuhraya Utara Selatan arah utara pada Isnin.
A
A
A

KULAI - Seorang maut selepas lori muatan sabun yang dipandunya terbabit kemalangan dengan sebuah lori simen di Kilometer 29 Lebuhraya Utara Selatan arah utara di sini pada Isnin.

Komander Operasi Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulai, Pegawai Bomba Kanan II Jamaluddin Jemat berkata, panggilan kecemasan berhubung kejadian itu diterima pihaknya pada jam 8.23 pagi.

Susulan itu katanya, tujuh anggota dari BBP Kulai dibantu sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dikejarkan ke tempat kejadian.

"Kemalangan melibatkan lori muatan sabun tiga tan dengan sebuah lori simen 40 tan dan melibatkan tiga mangsa.

"Pemandu lori simen berusia 28 tahun cedera di kepala manakala pemandu lori sabun berusia 46 tahun disahkan meninggal dunia. Sementara kelindan lori sabun berusia 22 tahun cedera dan tersepit.

Keadaan lori simen yang terbabit kemalangan di Kilometer 29 Lebuhraya Utara Selatan arah utara pada Isnin.
Keadaan lori simen yang terbabit kemalangan di Kilometer 29 Lebuhraya Utara Selatan arah utara pada Isnin.

"Anggota bomba menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit. Mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Tambahnya, operasi kemudian ditamatkan pada jam 9.55 pagi.