KUASA minta masyarakat bantah KSAS

Tangkap layar kenyataan media di Facebook KUASA pada Sabtu.
Tangkap layar kenyataan media di Facebook KUASA pada Sabtu.
A
A
A

KOTA BHARU - Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA) menyifatkan cadangan kerajaan negeri Kelantan melaksanakan perubahan pelan pembangunan yang berkaitan pengubahsuaian Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) tidak masuk akal.

Justeru, KUASA merayu agar kerajaan negeri menarik semula keputusan berkenaan sekali gus sebagai bukti usaha memulihara dan memelihara hutan khazanah alam di negeri.

Pengerusinya, Hafizudin Nasarudin berkata, persatuan itu juga meminta kerjasama orang ramai supaya menyuarakan bantahan terhadap perkara itu.

"Mereka boleh menyertai program publisiti dan pendengaran awam dengan mengisi borang bantahan dari Pejabat

Majlis Daerah di Kelantan dan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa negeri Kelantan (PLANMalaysia Kelantan)," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Menurutnya, bantahan dan representasi juga boleh dibuat melalui haps://jpbd.kelantan.gov.my.

Tambahnya, pentadbiran Kelantan perlu bertindak melindungi ekosistem hutan sesuai dengan tuntutan dasar Malaysia.

"Kelantan merupakan negeri yang membentuk jajaran hutan banjaran Titiwangsa dan sebahagian besar kawasan Central Forest Spine dipenuhi ribuan spesis flora dan fauna.

Artikel Berkaitan:

"Lebih menarik juga bahagia selatan Kelantan, terdapatnya kawasan Taman Negara," katanya.

Media pada Jumaat melaporkan Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) tidak bersetuju dengan keputusan negeri Kelantan melaksanakan cadangan perubahan kepada pelan pembangunan yang berkaitan dengan pengubahsuaian KSAS di negeri terbabit.

Menterinya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, NRECC menghantar surat kepada Menteri Besar Kelantan menyatakan pandangan Kerajaan Persekutuan agar menimbang semula cadangan pengubahan Rancangan Pemajuan KSAS, seterusnya memperkasakan pengurusan dan pembangunan hutan serta mengekalkan kawasan sedia ada demi kelestarian alam sekitar.

Kerajaan Negeri Kelantan di Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) kali ke 22/2020 pada 21 Oktober 2020, memutuskan supaya Kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK), kecuali kawasan punca air atau tadahan air tidak lagi diklasifikasikan sebagai KSAS.