Sinar Harian menang hadiah utama Kewartawanan Alam Sekitar

Wartawan SInar Harian, Asyikin Asmin memenangi Anugerah Kewartawanan Alam Sekitar dalam majlis anugerah Kinabalu Press Awards (KPA) 2023 di Kota Kinabalu.
Wartawan SInar Harian, Asyikin Asmin memenangi Anugerah Kewartawanan Alam Sekitar dalam majlis anugerah Kinabalu Press Awards (KPA) 2023 di Kota Kinabalu.
A
A
A

KOTA KINABALU - Wartawan Sinar Harian merangkul hadiah utama bagi kategori Anugerah Kewartawanan Alam Sekitar dalam majlis Kinabalu Press Awards (KPA) 2023 pada malam Sabtu.

Wartawan Asyikin Asmin memenangi hadiah utama untuk Bahasa Melayu bagi laporan bersiri 'Fenomena letusan gunung berapi lumpur' pada tahun lalu.

Turut memenangi dua hadiah merit dalam kategori sama ialah wartawan Utusan Borneo, Hamzah Sanudin menerusi laporan 'Khazanah hutan paya bakau perlu dijaga bersama' dan Noorazlina Jindeh daripada Bernama dengan laporannya 'Taman Kinabalu berpeluang cerah jadi geopark global Unesco'.

Sementara itu, kategori utama Anugerah Kewartawanan dimenangi oleh Suraidah Roslan daripada Utusan Malaysia dan dua lagi merit dimenangi oleh Rohana Nasrah serta Fadzli Ramli masing-masing daripada Bernama.

Hadir dalam majlis itu ialah Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil; Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor; Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Joniston Bangkuai dan Presiden Persatuan Wartawan Sabah (SJA), Datuk Muguntan Vanar.

Artikel Berkaitan: