Pemilik kilang didenda RM20,000 rasuah kes curi, ubah meter elektrik

Seorang pemilik kilang plastik kitar semula menangis ketika merayu, agar Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis mengurangkan hukuman terhadapnya yang berdepan lima pertuduhan memberi rasuah kerana mencuri dan mengubah suai meter elektrik di kilangnya, antara 2019 hingga 2021 lalu. - Gambar hiasan
Seorang pemilik kilang plastik kitar semula menangis ketika merayu, agar Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis mengurangkan hukuman terhadapnya yang berdepan lima pertuduhan memberi rasuah kerana mencuri dan mengubah suai meter elektrik di kilangnya, antara 2019 hingga 2021 lalu. - Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang pemilik kilang plastik kitar semula menangis ketika merayu, agar Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis mengurangkan hukuman terhadapnya yang berdepan lima pertuduhan memberi rasuah kerana mencuri dan mengubah suai meter elektrik di kilangnya, antara 2019 hingga 2021 lalu.

Ng Yin Wui, 41, didenda RM20,000 selepas mengaku bersalah atas semua pertuduhan pilihan yang dibaca di hadapan Hakim, Datuk Anita Harun.

Mahkamah memerintahkan bapa kepada enam anak itu dipenjara 20 bulan jika gagal membayar denda terbabit.

Mengikut semua pertuduhan, lelaki itu didakwa memberi suapan berjumlah RM 8,000 kepada jurutera Tenaga Nasional Berhad (TNB) agar tidak memotong bekalan elektrik di premisnya bagi kesalahan mencuri serta mengubah suai meter elektrik.

Kesalahan didakwa dilakukan di dua restoran di Sunway Mentari, di sini antara 1 November 2019 hingga 15 November 2021.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 214 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda atau dengan kedua-duanya.

Mengikut fakta kes, pada Oktober 2019, dua ejen TNB telah memeriksa kilang berkenaan dan mendapati berlaku kes kecurian elektrik.

Tertuduh sebagai pengarah syarikat itu, telah bertemu ejen berkenaan dan menawarkan rasuah termasuk bayaran bulanan supaya tiada tindakan diambil di masa depan.

Artikel Berkaitan:

Semasa prosiding, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu agar tidak dihukum penjara kerana dia perlu menyara anak, isteri dan ibunya yang uzur.

"Diharap mahkamah beri peluang kepada saya kerana perlu menjaga anak yang ramai, sulung berusia 15 tahun sementara bongsu tujuh tahun.

"Isteri dan ibu saya mempunyai ketumbuhan malah saya mempunyai masalah tulang belakang," katanya dalam nada yang sedih.

Bagaimanapun, Pegawai Pendakwa SPRM, V Yunaisvari mencadangkan tertuduh dikenakan hukuman setimpal dengan mengambil kira kepentingan awam.

"Mahkamah perlu menitik beratkan hukuman sebagai pengajaran kepada tertuduh serta amaran buat masyarakat agar tidak melakukan kesalahan sama," katanya.