Pemimpin negara Islam wajib bersatu bela nasib Palestin

Imam Utama Masjid Negeri Perak, Mohd Ridzuan Zaidin menyampaikan khutbah di Masjid Sultan Idris Shah II (Masjid Negeri Perak) di sini pada Jumaat.
Imam Utama Masjid Negeri Perak, Mohd Ridzuan Zaidin menyampaikan khutbah di Masjid Sultan Idris Shah II (Masjid Negeri Perak) di sini pada Jumaat.
A
A
A

IPOH - Pemimpin, umat Islam dan negara Islam wajib bersatu pendirian mendukung usaha membela rakyat Palestin.

Gesaan itu dibuat menerusi khutbah Jumaat di seluruh masjid di Perak yang turut menggesa umat Islam seluruh dunia bersatu suara menolak perbuatan zalim Yahudi Zionis.

Menurutnya, Malaysia merupakan antara negara yang sentiasa mendukung kebebasan dan kemerdekaan rakyat Palestin.

"Masjid al-Aqsa ialah masjid ketiga termulia di bumi ALLAH. Oleh itu, mempertahan dan menyelamatkan Masjid al-Aqsa merupakan tanggungjawab keagamaan.

"Ummah baik yang kaya mahupun yang miskin hendaklah melakukan pengorbanan, membantu rakyat di bumi Palestin dengan menghulur sumbangan melalui pertubuhan misi kemanusiaan yang berdaftar dan dipercayai," jelas khutbah Jumaat berkenan pada hari ini.

Dalam pada itu, mimbar turut menjelaskan, bantuan kemanusiaan yang disalurkan merupakan salah satu amalan fardu kifayah yang amat digalakkan.

Jelasnya, kerajaan, terdapat pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang beroperasi menyalurkan bantuan dan khidmat kemanusiaan, seperti menyediakan kelengkapan kanak-kanak, keperluan harian, baik pulih bangunan, ubat-ubatan, pakaian, makanan, minuman dan pelbagai keperluan lain.

Sementara itu, mimbar turut menggesa umat Islam supaya menyelami dan berusaha untuk memahami tragedi yang sedang berlaku di Palestin.

Artikel Berkaitan:

Katanya, ujian yang dialami oleh umat Islam di bumi Palestin perlu dijadikan pengajaran agar ummah tampil ke hadapan memikirkan tindakan yang dapat membantu mereka.

"Doa merupakan senjata terkuat orang beriman yang dipohon terus kepada ALLAH SWT. Ummah perlu berterusan berdoa semoga ALLAH SWT memberikan kekuatan, perlindungan dan pembelaan terhadap kumpulan yang dizalimi.

"Ummah juga dianjurkan membaca doa qunut nazilah agar ALLAH SWT memberikan keadilan kepada rakyat Palestin ِserta menimpakan pembalasan hukuman kepada pihak yang melakukan kezaliman," katanya.

TAMAT