'Dengan roh, darah kami bela kau Ya Aqsa'

Hampir 1,000 peminat motosikal dari seluruh Kelantan menyatakan solidariti terhadap Palestin pada himpunan di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini pada Jumaat. Gambar kecil dari kiri: Suhaizly, Rahami
Hampir 1,000 peminat motosikal dari seluruh Kelantan menyatakan solidariti terhadap Palestin pada himpunan di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini pada Jumaat. Gambar kecil dari kiri: Suhaizly, Rahami
A
A
A

KOTA BHARU - [DIKEMAS KINI] ‘Birruh, Biddam Nafdika Ya Aqsa’ (dengan roh, dengan darah, kami bela kau Ya Aqsa).

Itu laungan hampir 1,000 peminat motosikal dari seluruh Kelantan yang menyatakan solidariti terhadap Palestin pada himpunan di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini pada Jumaat.

Mereka yang menaiki motosikal dari 150cc hingga 1,300cctersebut turut melaksanakan kutipan sumbangan berjumlah RM8,771 dalam tempoh kurang dua jam.

Presiden Kelab Motor Seranta Kelantan, Suhaizly Salleh berkata, sejumlah 40 kelab dari 10 daerah termasuk Gua Musang dapat berkumpul untuk menyatakan sokongan terhadap umat Islam Palestin di Semenanjung Gaza yang berdepan Zoinis ketika ini.

Katanya, perhimpunan pertama kali diadakan itu mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan dan akan diteruskan pada masa depan.

Suhaizly (kanan) menyerahkan wang kutipan kepada Nik Hamid (kiri) untuk disumbangkan pada Palestin.
Suhaizly (kanan) menyerahkan wang kutipan kepada Nik Hamid (kiri) untuk disumbangkan pada Palestin.

“Kami sasarkan sumbangan diberikan serendah RM1 bagi memberi bantuan kepada saudara sesama Islam yang berada dalam kesusahan di Gaza.

“Sumbangan yang disalurkan ini juga sebagai tanda dokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin untuk melawan rejim Israel,” katanya ketika ditemui pemberita di Himpunan 2 Roda Untuk Mu Palestin 1.0 (Hiroup) di sini, pada Jumaat.

Artikel Berkaitan:

Turut hadir Setiusaha Kehormat Pertubuhan Cakna Palestin Malaysia (Cakna Palestin), Nik Hamdi Abdul Ghani.

Menurut beliau, keseluruhan sumbangan yang dikumpulkan diserahkan kepada Cakna Palestin untuk disalurkan kepada negara berkenaan.

Laungan sokongan kepada Palestin dengan kibaran bendera negara itu.
Laungan sokongan kepada Palestin dengan kibaran bendera negara itu.

Sementara itu, seorang peserta, Rahaimi Zakaria, 59, memberitahu dia menunggang motosikalnya dari Pasir Mas ke Kota Bharu untuk menyertai himpunan itu supaya dapat membuka mata Zionis agar umat Islam di Gaza tidak lagi dizalimi.

Kerani itu berkata, rakyat Malaysia sentiasa mendoakan keamanan untuk saudara di Palestin.

“Kami tetap bersemangat untuk berjuang terhadap rakyat Palestin.

“Kalau boleh pergi berperang, kami sedia untuk sama-sama melawan Zionis Israel,” katanya.

Cakna Palestin sudah hantar bantuan RM500,000

Sementara itu, Nik Hamdi berkata, Cakna Palestin telah menghantar bekalan ubat-ubatan, makanan dan barangan keperluan dianggarkan bernilai RM500,000 kepada Palestin sejak peperangan meletus di Semenanjung Gaza sehingga kini.

Menurutnya, penghantaran bantuan tersebut dibuat setiap minggu bagi meringankan bebanan umat Islam di negara itu yang berdepan getir akibat peperangan dengan Zionis.

Katanya, walaupun tidak dapat memasuki negara berkenaan, Cakna Palestin akan tetap membantu dan sentiasa melihat keadaan serta keperluan Palestin dari semasa ke semasa

“Bantuan seperti ubat-ubatan dan makanan akan sentiasa ada untuk rakyat Palestin bagi membantu mereka bertahan dalam peperangan.

“Kami mendapat maklum balas daripada badan bukan kerajaan (NGO) di Palestin sendiri yang memuji rakyat Malaysia kerana banyak memberikan sumbangan,” katanya.

Menurut beliau, mengikut maklumat terkini yang diterima, Israel kini sedang meminta bantuan negara-negara lain supaya diadakan gencatan senjata.

Kata Nik Hamdi, hal demikian kerana Rejim Zionis itu sendiri sudah dapat melihat bahawa serangan-serangan yang dilancarkan ke atas umat Islam di Palestin tidak boleh berterusan.

Beliau juga berharap usaha membina semula infrastruktur yang musnah akibat serangan Rejim Zionis Israel di Palestin dapat dijalankan sebaik sahaja gencatan senjata bermula.

“Sebenarnya banyak masjid, hospital dan sekolah di Palestin dibina menggunakan sumbangan bukan hanya dari Malaysia, malah seluruh dunia.

“Insya-ALLAH, bak kata pepatah, patah tumbuh hilang berganti, yang musnah akan diganti dan yang runtuh akan dibina kembali, sama-sama kita berdoa,” ujar beliau.