Serangan Israel ke atas gereja di Gaza dikecam

Pihak gereja Orthodox Patriarchate of Jerusalem mengutuk sekeras-kerasnya serangan udara Israel ke atas pekarangan gerejanya di Gaza pada Khamis malam.
Pihak gereja Orthodox Patriarchate of Jerusalem mengutuk sekeras-kerasnya serangan udara Israel ke atas pekarangan gerejanya di Gaza pada Khamis malam.
A
A
A

ISTANBUL - Pihak gereja Orthodox Patriarchate of Jerusalem mengutuk sekeras-kerasnya serangan udara Israel ke atas pekarangan gerejanya di Gaza pada Khamis malam.

Menerusi satu kenyataan, pihak gereja itu menekankan komitmennya terhadap tanggungjawab kemanusiaan untuk melindungi orang awam, lapor Agensi Anadolu.

"Mensasarkan gereja dan institusinya serta tempat perlindungan yang disediakan kepada orang awam tidak bersalah terutamanya kanak-kanak dan wanita yang kehilangan tempat tinggal akibat serangan udara Israel sejak 13 hari lalu, merupakan jenayah perang yang tidak boleh dibiarkan begitu sahaja," katanya.

Kenyataan itu turut merujuk kepada serangan Israel sebelum ini ke atas Gereja Ortodoks Greek di Gaza seperti dilaporkan agensi berita Palestin di mana sekurang-kurangnya dua orang terbunuh dan beberapa orang lain cedera.

Terdapat bukti serangan mensasarkan kemudahan dan tempat perlindungan gereja termasuk Episcopal Church of Jerusalem Hospital, sekolah-sekolah lain dan institusi sosial, pihak gereja Orthodox Patriarchate of Jerusalem serta gereja-gereja lain.

Bagaimanapun, pihak gereja tetap komited untuk memenuhi tanggungjawab agama dan moral mereka dalam memberikan bantuan, sokongan, dan perlindungan kepada orang awam yang memerlukan, walaupun desakan Israel untuk mengosongkan institusi itu dan tekanan yang diberikan kepada gereja-gereja dalam hal ini, tambahnya. - Bernama

Artikel Berkaitan: