OANA syor perlindungan wartawan di Gaza

Seorang wartawan asing memeriksa kesan darah di lantai sebuah rumah di kibbutz Nir Oz di sepanjang sempadan dengan Semenanjung Gaza. Foto AFP
Seorang wartawan asing memeriksa kesan darah di lantai sebuah rumah di kibbutz Nir Oz di sepanjang sempadan dengan Semenanjung Gaza. Foto AFP
A
A
A

TEHERAN - Menawarkan liputan berita yang adil dan objektif di Gaza adalah penting sementara konflik di Gaza berterusan, tetapi wartawan yang bertugas di tempat konflik dan kawasan berhampiran berdepan cabaran besar yang membahayakan nyawa mereka.

Oleh itu, Pertubuhan Agensi-agensi Berita Asia Pasifik (OANA), persatuan agensi berita serantau, menggesa wartawan di Gaza dilindungi.

"Bagi OANA, kami mengesahkan komitmen untuk memperjuangkan keselamatan semua wartawan dan menganggap nyawa mereka adalah penting. OANA amat bimbang mengenai keselamatan wartawan yang bertugas di rantau ini,” menurutnya dalam satu kenyataan yang ditandatangani oleh Ketua Pengarah OANA, Zaman Rezakhani.

OANA juga menekankan pentingnya keselamatan wartawan yang bertugas di lapangan bagi semua agensi berita dan menggesa semua institusi dan organisasi mengambil langkah-langkah tertinggi untuk memastikan keselamatan wartawan.

OANA mempunyai lebih dari 40 agensi berita dalam senarai keahliannya di seluruh rantau Asia-Pasifik.

Setakat Khamis (19 Oktober), lebih 4,000 orang di pihak Palestin dan Israel terbunuh termasuk 21 wartawan sejak konflik bermula pada 7 Oktober. - Bernama

Artikel Berkaitan: