Sila log masuk terlebih dahulu.

'Lembu dicucuk hidung' cubaan laga-lagakan Bersatu, Pas - Mohd Amar

15 Oktober 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA MOJO 15 OKTOBER 2023

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Abdullah menyifatkan tindakan menggelar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebagai 'lembu dicucuk hidung' oleh Pas merupakan cubaan untuk melaga-lagakan kedua-dua parti itu, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.

Menurut beliau, tindakan itu seolah-olah mahu mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan ahli Bersatu terhadap Pas. "Kalau kata Pas mengetepikan Bersatu sebenarnya tidak betul.

"Contohnya selepas PRU (Pilihan Raya Umum) baru-baru ini kita memang sudah bincang dari awal dan secara umumnya Bersatu telah menyerahkan Kelantan, Kedah, Terengganu kepada Pas," katanya.

Artike: https://shorturl.at/brISU

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #BeritaMojo #SinarHarian