Jangan leka dipuji, terima kritikan - Mohd Amar

Mohd Amar
Mohd Amar
A
A
A

KOTA BHARU - Kerajaan Madani diminta membuat penilaian terhadap kritikan yang diberikan oleh pakar ekonomi ke atas Belanjawan 2024 yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada Jumaat lalu.

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, para pemimpin tidak boleh leka dengan pujian yang diberikan berkait dengan belanjawan itu.

"Tindakan itu penting bagi membolehkan kerajaan membuat penilaian terhadap teguran yang diberikan.

"Tiada yang sempurna dapat dilihat dalam perkara tersebut," katanya kepada pemberita.

Mohd Amar memberitahu, kritikan berkait insentif cukai antara perkara yang harus diberikan perhatian oleh Kerajaan Madani.

Ujarnya, ia bagi membantu rakyat yang sedang berdepan pelbagai masalah berkait ekonomi ketika ini.

Media sebelum ini melaporkan, kerajaan memperuntukkan RM393.8 bilion atau 19.9 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi Belanjawan 2024.

Daripada jumlah itu, sebanyak RM303.8 bilion atau 77.1 peratus disalurkan kepada perbelanjaan mengurus (OE), manakala baki RM90 bilion diperuntukkan kepada perbelanjaan pembangunan (DE).

Artikel Berkaitan: