BNM bangunkan NFP tangani jenayah scam negara

BNM sedang membangunkan NFP yang dijangka siap menjelang pertengahan tahun 2024 bagi memerangi jenayah scam di negara ini. - Gambar hiasan
BNM sedang membangunkan NFP yang dijangka siap menjelang pertengahan tahun 2024 bagi memerangi jenayah scam di negara ini. - Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan Bank Negara Malaysia (BNM) dengan kerjasama sektor kewangan sedang membangunkan Portal Fraud Kebangsaan (NFP) yang dijangka siap menjelang pertengahan tahun 2024 bagi memerangi jenayah scam di negara ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan itu berkata, dengan fungsi kebolehan automasi penjejakan dana, portal tersebut diharap akan mempercepat tempoh pengesanan, pembekuan dan pemulangan dana.

“Sejak penubuhan Pusat Respon Scam Kebangsaan (NSRC), ia telah mengendalikan lebih 49 ribu panggilan dan berjaya membeku sehingga RM60 juta transaksi.

“Tahun hadapan, kerajaan akan menambah peruntukan NSRC kepada RM20 juta berbanding RM10 juta bagi meningkatkan lagi fungsi NSRC dalam membanteras jenayah scam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia Madani di Dewan Rakyat pada Jumaat.

Dalam pada itu, menurut beliau, agensi-agensi yang berkaitan juga sedang meneliti keperluan untuk meminda undang-undang berhubung jenayah berkenaan.

“Ia termasuk Kanun Tatacara Jenayah bagi membolehkan tindakan yang lebih berkesan diambil terhadap sindiket dan pemegang akaun keldai, seterusnya mempercepat proses pemulangan wang kepada mangsa scam,” ujarnya.

Artikel Berkaitan: