Bila derita Palestin bakal berakhir?

Kementerian Kesihatan Palestin pada Isnin melaporkan seramai 143 kanak-kanak dan 105 wanita turut menjadi korban. - Foto AFP
Kementerian Kesihatan Palestin pada Isnin melaporkan seramai 143 kanak-kanak dan 105 wanita turut menjadi korban. - Foto AFP
A
A
A

KETIKA ini bumi Palestin terus dibedil tentera Israel dengan angka korban yang dilaporkan setakat ini lebih 700 orang dan jumlah ini akan terus bertambah susulan kekejaman Zionis menjadikan orang awam sebagai sasaran.

Kementerian Kesihatan Palestin pada Isnin turut melaporkan seramai 143 kanak-kanak dan 105 wanita turut menjadi korban selain kira-kira 4,000 orang tercedera.

Apa yang menjadi persoalan ketika ini adalah sampai bilakah penderitaan rakyat Palestin akan berakhir dan siapakah mampu menyapu air mata derita mereka dan menukarnya kepada senyuman.

Biarpun banyak negara mengutuk tindakan Israel mengebom Gaza, akan tetapi ia bagaikan tiada kesan buat mereka kerana tiada tanda-tanda mereka akan mengendurkan operasi ketenteraan.

Apa yang boleh diharapkan ketika ini adalah negara-negara Islam bersatu dan berani memberikan tekanan kepada rejim Israel untuk menghentikan keganasan ke atas bumi Palestin.

Ini kerana tindak-tanduk Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) ketika ini bagaikan cenderung terhadap Israel.

Ia menjadikan keadaan bertambah teruk apabila rejim Zionis itu dibiarkan menindas orang Islam dan semakin giat memperluaskan penjajahan untuk menguasai negara tersebut.

Sudah sekian lama, dunia ditipu dengan naratifIsrael dan Barat bahawa Hamas menjadi punca kepada tercetusnya konflik peperangan antara dua negara tersebut.

Artikel Berkaitan:

Hakikat sebenar ialah selama berdekat lamanya Israel menindas, membunuh, merampas hak dan mengurung mereka dalam dunia terbuka dengan pelbagai sekatan.

Menjadi harapan juga agar seluruh orang Islam di dunia ini bersatu hati mempertahankan hak asasi Gaza selain menghulurkan bantuan kepada mangsa peperangan ini untuk meneruskan dan membina kehidupan kerana mereka sudah tiada apa-apa.