Transformasi peperiksaan bertulis di universiti

Gambar hiasan -Foto 123RF
Gambar hiasan -Foto 123RF
A
A
A

PADA tahun 2018, The University of Auckland di New Zealand melaksanakan kaedah menjawab soalan peperiksaan menggunakan komputer.

Ia dilaksanakan bagi subjek tertentu yang dikategorikan lebih efisien bagi penuntut untuk menjawab soalan berbanding kaedah lama menggunakan pen dan kertas.

Dalam satu garis panduan yang dikeluarkan dalam laman web universiti, pihak pengurusan berpandangan penggunaan komputer memudahkan penuntut untuk menjawab dan menyunting semula jawapan berbanding kaedah tulisan tangan.

Ia juga memudahkan pensyarah untuk membaca jawapan dan memberikan markah. Malah kaedah berkenaan lebih mesra alam sekitar apabila menjimatkan penggunaan kertas.

Penuntut juga diberi pilihan sama ada mahu menggunakan laptop peribadi ataupun menggunakan komputer yang telah disediakan pihak universiti.

Jika menggunakan laptop peribadi, penuntut dikehendaki untuk memuat turun perisian DigiExam yang dicipta untuk melancarkan proses menduduki peperiksaan.

Antaranya ia menghalang penuntut mengakses perisian lain ketika menduduki peperiksaan bagi mengelakkan berlakunya unsur penipuan.

Pihak universiti juga menyediakan 'ear plugs' bagi mengurangkan gangguan bunyi papan kekunci.

Artikel Berkaitan:

Ada beberapa lagi panduan diberikan pihak universiti bagi memastikan proses menduduki peperiksaan berjalan dengan lancar dan mematuhi syarat sistem pendidikan di New Zealand.

Universiti di Malaysia juga harus memikirkan kaedah terbaik bagi mencontohi cara tersebut kerana penggunaan pen dan kertas untuk menjawab soalan sudah tidak lagi relevan bagi sesetengah subjek.

Ini kerana, tugasan harian rata-ratanya menaip menggunakan komputer dan jarang sekali penuntut menulis menggunakan pen dan kertas selama dua hingga tiga jam.

Tambahan pula kita sudah berada di era teknologi dan internet yang berkembang dengan pantas.

Mengarang jawapan di kertas dalam tempoh yang lama sudah pasti memberi kesan kepada kualiti penulisan dan juga jawapan.

Walaupun sudah ditetapkan skema pemarkahan, tulisan yang hodoh sedikit sebanyak memberi kesan kepada emosi penanda kertas jawapan.