Terowong baharu Jalan Tuanku Abdul Halim ditutup

DBKL
DBKL
A
A
A

KUALA LUMPUR – Terowong baharu di Jalan Tuanku Abdul Halim ke Lebuhraya Sultan Iskandar (Lebuhraya Mahameru) akan ditutup sepenuhnya mulai hari ini sehingga 16 Januari.

Jurucakap Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), berkata penutupan terowong berkenaan dibuat bagi membolehkan kerja-kerja penyelenggaraan dilakukan.

“Sebelum ini hanya satu lorong ditutup dan hari ini terowong berkenaan mulai ditutup sepenuhnya sehingga mengakibatkan kesesakan lalu lintas di kawasan itu pagi ini.

"Pemandu dinasihati mengguna jalan alternatif lain untuk ke destinasi masing-masing,” katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: