MPKK akar umbi terus jalani tanggungjawab

Ahmad Shuhor (empat dari kiri) menyampaikan hadiah kepada Pasukan Taman Maran Jaya yang memenangi kejphanan futsal itu
Ahmad Shuhor (empat dari kiri) menyampaikan hadiah kepada Pasukan Taman Maran Jaya yang memenangi kejphanan futsal itu
A
A
A

KUANTAN - Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang akan diwujudkan kerajaan negeri tidak akan menggugat usaha Majlis Perwakilan Komuniti Kampung Persekutuan (MPKKP) memberi fokus kepada agenda pembangunan setempat.

Ketua Kawasan Amanah Maran, Ahmad Shuhor Awang berharap rakyat dapat memberi sokongan dan di atas inisiatif Kerajaan Persekutuan.

Menurutnya, MPKKP adalah jawatankuasa yang amat penting di peringkat akar umbi dalam menjalankan amanah kerajaan serta menjadi penghubung kepada pemerintah.

"Kita satu hati demi pembangunan masyarakat dan kampung. Kita bergembleng tenaga agar perpaduan dapat dinikmati bersama. Saya harap tiada konflik ditimbulkan dan jika ia berlaku perlu selesaikan dengan matang dan berhemah.

"Biarlah kerajaan negeri nak bentuk semula JKKK dan persekutuan MPKKP. Saya kira apabila masing masing ada pilihan tersendiri maka hal itu dah selesai. Kita sepatutnya bukan hendak menyulitkan tetapi kita bertindak sebagai pemudahcara,"katanya.

Ahmad Shuhor memaklumkan kerajaan memperuntukkan sejumlah RM10,000 setiap MPKKP untuk melaksanakan tanggungjawab setempat.

"Sekarang masanya untuk kita berbakti dan salurkan kemudahan serta peruntukan yang diberi oleh kerajaan. Bukan masanya timbulkan pertikaian dan konflik. Rakyat mahu lihat impak," katanya ketika ditemui pada program Liga Futsal MPKK Kampung Bak Bak, Maran.

Sempena program itu, johan di sandang pasukan Taman Maran Jaya yang membawa pulang wang tunai RM300 manakala tempat kedua dimenangi Taman Seri Keramat dan menerima wang tunai RM150.

Artikel Berkaitan: