'Pengampunan Najib, isu penting buat akar umbi UMNO' - Shahrir

Shahrir Samad
Shahrir Samad
A
A
A

SHAH ALAM - Pengampunan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak merupakan satu isu penting bagi akar umbi UMNO, kata Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan parti itu, Tan Sri Shahrir Abdul Samad.

Justeru, beliau mempersoalkan tentang kenyataan bekas Ahli Parlimen Bangi, Ong Kian Ming yang berpandangan bahawa pengampunan bekas Ahli Parlimen Pekan itu merupakan garisan merah buat DAP.

“Siapa jurucakap DAP ni? Kian Ming hanya melihat soal pengampunan Najib sebagai garisan merah tapi begitu banyak garisan tersebut yang dicerobohi oleh kepimpinan kerajaan DAP selama 22 bulan.

“Sebab itu, Pakatan Harapan (PH) tak dapat cukup kerusi nak tubuh kerajaan selepas PRU15 sehingga kena dapat sokongan dari UMNO dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

“Bersama dengan UMNO dalam Kerajaan bukan garisan merah bagi akar umbi DAP? soalnya dalam satu hantaran di Facebook pada Khamis.

Baru-baru ini, memberikan peringatan bahawa ada batasan kompromi yang tidak boleh dilanggar antaranya termasuk pembebasan Najib sebelum hukuman penjaranya tamat.

Jelas beliau, pihaknya masih boleh menerima kompromi melibatkan perkara seperti pelantikan ahli politik dalam agensi kerajaan,

Sebelum itu, Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah) Khalid Abdul Samad dilapor mengeluarkan kenyataan merayu kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah supaya menolak permohonan pengampunan terhadap Najib.

Beliau dalam satu kenyataan lain kemudian berkata, UMNO perlu menghormati pendirian Amanah berhubung isu pengampunan Najib.

Bagaimanapun, Timbalan Presiden parti itu, Datuk Seri Salahuddin Ayub menzahirkan permohonan maaf berhubung kenyataan tersebut.