Cinta 'isyarat' Liani, Izzat...

Liani dan Izzat disatukan selepas kedua-duanya berkeras untuk berkahwin.
Liani dan Izzat disatukan selepas kedua-duanya berkeras untuk berkahwin.
A
A
A

GUA MUSANG - Pasangan pengantin bisu dan pekak ini tidak menjadikan kekurangan mereka sebagai penghalang memenuhi fitrah dan hasrat berumah tangga seperti manusia normal lain.

Kebahagiaan terserlah di wajah mereka, malah dilihat berkomunikasi menggunakan isyarat tangan diselangi ketawa di atas pelamin.

Siti Noorasmaliani Kadir, 24, dan pasangan, Mohamad Izzat Farhan Safran, 26, disatukan pada petang Jumaat dan disandingkan pada keesokan dalam majlis meriah di Felda Chiku 01.

Menurut ibu Siti Noorasmaliani, Sharifah Daud, 54, hasrat untuk mendirikan rumah tangga sudah disuarakan anaknya sejak tahun lalu namun nalurinya merasakan belum tiba masanya anak keenamnya itu berkahwin.

"Anak saya dilahirkan normal tetapi pada usia 19 bulan dia menghidap penyakit sawan mengakibatkan bisu dan pekak.

"Dia berkenalan dengan Izzat sejak tahun 2015 ketika sama-sama belajar di Johor dan apabila Noorasmaliani memberitahu mahu berkahwin, saya melarang kerana bimbang dia tidak dapat menguruskan rumah tangga," katanya.

Liani dan Izzat disatukan selepas kedua-duanya berkeras untuk berkahwin.
Liani dan Izzat disatukan selepas kedua-duanya berkeras untuk berkahwin.

Artikel Berkaitan:

Katanya, pelbagai kes penderaan fizikal dan mental terhadap orang kurang upaya (OKU) menyebabkan dia berat hati melepaskan anak perempuannya itu.

"Keluarga Izzat pun sama namun masing-masing berkeras mahu bersama dan berjanji akan saling menjaga rumah tangga sebaik mungkin. Iyalah, sudah jodoh mereka.

"Selepas berkahwin mereka akan tinggal sementara di rumah besan saya di Kajang kerana Izzat bekerja sebagai cef di restoran pusat beli-belah Mid Valley," katanya.

Sharifah berkata, anaknya yang lebih mesra dipanggil Liani mula berdikari sejak usia 11 tahun apabila mereka menghantarnya ke sekolah pendidikan khas.

Menurutnya, Liani yang memiliki diploma dalam bidang jahitan Politeknik Ismail Sultan Pasir Gudang Johor hanya dapat berkomunikasi secara jelas dengan kakaknya, Siti Norasmawati Kadir, 26.

Siti Norasmawat satu-satunya adik-beradik yang boleh menguasai bahasa isyarat selepas diajar Siti Noorasmaliani (kanan).
Siti Norasmawat satu-satunya adik-beradik yang boleh menguasai bahasa isyarat selepas diajar Siti Noorasmaliani (kanan).

Siti Norasmawati berkata, dia menguasai bahasa isyarat selepas diajar Siti Noorasmaliani dan menjadi satu-satunya adik- beradik yang boleh memahami kemahuan adiknya itu.

"Kalau isyarat biasa, dia boleh faham. Selalunya, sayalah yang menjadi jurubahasanya. Ahli keluarga saya menggunakan tulisan jika mahu berkomunikasi dengan Liani.

Katanya, adiknya memberitahu dia mahu bekerja selepas berkahwin dan menyimpan duit untuk membeli rumah selain bersedia menimbang cahaya mata jika ada rezeki.