X

Kindly register in order to view this article
!

Ular sawa melingkar bawah peti sejuk

Anggota APM menangkap ular sawa yang melingkar bawah peti sejuk di sebuah rumah di Kampung Bukit Badong di sini pagi tadi.
A
A

KUALA SELANGOR - Pemilik rumah tidak menyangka ular sawa ditemuinya di bawah tangga rumah sempat 'menyorok' di bawah peti sejuk di Kampung Bukit Badong di sini pagi tadi.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Kuala Selangor Kapten (PA) Shaiful Azril Zainal berkata, pihaknya menerima panggilan dari Pusat Kawalan APM Klang pada jam 3.50 pagi.

Menurutnya, pasukannya diketuai Koperal (PA) Mohammed Rodi Dasuki bersama tiga anggota lain terus ke tempat kejadian.

"Kami mengambil masa kira-kira 15 minit mencari ular di bawah tangga dalam rumah, namun reptilia itu gagal ditemui.

"Kami meneruskan pencarian sebelum terdengar bunyi pelik dan menemui ular sawa seberat 200 gram dengan panjang satu meter melingkar di bawah peti sejuk," katanya.

Shaiful Azril berkata, kira-kira 10 minit selepas itu, pihaknya turut menerima aduan berhubung penemuan ular dalam reban ayam di belakang sebuah rumah di Kampung Jaya Setia.

Katanya, bunyi bising dari reban ayam membawa kepada penemuan ular sawa yang membaham beberapa ayam milik penduduk.

"Memandangkan reban kecil, anggota APM menggunakan penjerut dari luar dan menarik reptilia sepanjang empat meter dengan berat 20kg.

"Ular yang ditangkap kemudian diserahkan kepada Jabatan Perhilitan Daerah Sabak Bernam atau dilepaskan di hutan jauh daripada penempatan penduduk," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!