Nelayan lalok atas bot ditahan

Anggota penguatkuasa APMM dan AADK melakukan pemeriksaan diatas sebuah bot.
Anggota penguatkuasa APMM dan AADK melakukan pemeriksaan diatas sebuah bot.
A
A
A

GEORGETOWN - Seramai 15 nelayan tempatan ditahan selepas didapati positif dadah dalam operasi yang dilakukan di sekitar perairan Pulau Pinang kelmarin.

Operasi bersepadu melibatkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang bersama Agensi Antidadah Kebangsaan yang dijalankan bermula jam 7 pagi hingga 3 petang itu telah memeriksa bot nelayan dan bot penunda secara rawak.

Pengarah APMM Pulau Pinang, Kapten Maritim Hamizan Harun berkata, seramai 154 orang diperiksa dan 15 daripadanya didapati positif dadah jenis ganja, methamphetamine dan morfin.

No Image Caption

"Mereka yang ditahan terdiri daripada 13 lelaki warga tempatan, seorang lelaki warga Thailand dan seorang lagi warga Indonesia.

"Kesemua mereka yang berusia di antara 26 hingga 50 tahun itu akan disiasat di bawah Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah dan Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Hamizan berkata, operasi bersepadu berkenaan kali kedua dilaksanakan dan sebelum ini pihaknya menahan 12 nelayan selepas didapati positif dadah.

Tegasnya, operasi bersepadu itu akan dilakukan secara berterusan bagi mengekang aktiviti yang menyalahi undang-undang di perairan Pulau Pinang khususnya.

Artikel Berkaitan:

"Operasi ini bertujuan membasmi penagihan dan penyalahgunaan dadah dalam kalangan komuniti maritim di sekitar perairan Pulau Pinang di samping mencegah perlakuan jenayah maritim lain," katanya.